Monday, July 16, 2012

Kenangan Berpuasa


Heyaawwww ! Assalamualaikum awesome people :D
Dah nak puasa kan ? Countdown je lagi beberapa hari . Jari tu dah cukup nak kira kedatangan bulan barakah bulan Ramadhan . Alhamdulillah . Semoga dipanjangkan umur untuk berpuasa pada tahun ni .

Oh ye . The main point aku buat post ni just nak cerita sedikit kenangan waktu aku kecik dulu .
But seriusly aku tak ingat waktu umur aku berapa

Bila bulan puasa . Mesti aku duduk kat rumah pakcik ayah aku . Kalau dengan aku kira pangkat atuk lah . Oh ya , rumah dia memang best sebb dekat sawah (Parit 4 Sungai Besar ) . Benda tambah lagi menarik sbb ada makcik dan pakcik aku yang awesome dan peramah . Aku paling kamching dgn mkcik and pkcik kat belah sawah ni .

Bila aku nak stay sana sampai raya . Maklong aku akan ambik aku kat rumah . . Sahur styles org kampung ni sederhana je . Lauk dia ikan masin , sup and sayur . Takdelah loaded sgt . Tapi disebbkan aku stay sana . Nenek aku mskkan lauk favret aku Ayam masak merah . Aku kalau bab mkn . Aku mmg kena benda yg agak pedas sikit . Baru aku ada selera nak makan .

Bila berbuka  . ok sebelum berbuka tu pergi bazaar Ramadhan Sungai Besar yang sangat panjang gila dan sgt best aku rasa . Family aku kalau berbuka memang makan kuih je . Takpun Murtabak . Tak pernah makan nasi langsung bila berbuka . Makan kuih pun dah kenyang . Tapi bila berbuka kat rumah nenek aku . Memang berbuka nasi lah . Aku still mkn . Tapi sikit je . Hhehehe . 

Then . Malam aku pernah ikut nenek and makcik aku gi terawikh . Disebabkan lama sgt nak tunggu org habis solat . Aku menangis . hahaha. Sebab kebosanan . Ok . balik je dari terawikh . Semua bahan aku . haihh . Memang sifat budak kecil cepat bosan kan dgn perkara yang tak biasa bagi mereka.

Bila nak dekat raya . Aku selalu main mercun and bunga api dengan pakcik aku , Angah Atin . Kadang 2 aku tolong dia pasang pelita depan rumah nenek aku . Memang boleh dikatakan . Waktu aku kecil aku rapat dgn pakcik aku yang ni . Waktu ni dia still bujang kan . Sekarang dah x bujang . Dia layan family dia pulak lah kan ?  But this memory still in my mind .

Kadang-kadang dah pagi tu . Aku mengaji dengan makcik aku . Ok . dorg memang tegas ajar mengaji ni . Salah tajwid je kena cubit . Tulah waktu PSRA . Tajwid aku dpat pangkat mumtaz. hehehe.

Sebenarnya aku rindu nak berpuasa kat kampung aku ni . 
Selamat berpuasa semua :)


No comments:

Post a Comment